Sunday, November 10, 2013

Tarbiyah



Assalamualaikum . 

Tarbiyah terbaik pernah wujud pada zaman Rasulullah , mereka berdakwah dengan kelembutan . mereka mengajak bukan menjadi satu paksaan .

mengapa di Malaysia tak amalkan yang sama ?

mungkin ada yang berkata , kita tak boleh bandingkan umat zaman sekarang dengan yang dulu .

tapi kenapa tidak ?

adakah sebab kita manusia yang hidup dalam zaman moden yang jauh berbeza dengan persekitaran zaman anbiya' ?

Islam tidak mengajar umat untuk mengikut peredaran zaman untuk amalkan sunatullah . Islam mengajar umatnya menyelami Islam dan amalkan dalam hidup berdasarkan Al-Quran dan Hadith .

Dua mashaf tu tiada tarikh luputnya . boleh digunakan hingga akhir zaman .

Allah sudah berfirman :

"Tidak Aku ciptakan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepada-Ku" (Ad-Dzariyat : 56)

setiap manusia tidak kira dari zaman mana pun mempunyai kekuatan masing-masing . cuma keazaman untuk meraih sebenar-benar jihad itu dari diri kita sendiri .

ada juga yang berkata , kan kita dah ada social network yang boleh sebarkan Islam ke serata dunia ?

tapi cukup ke sekadar penyampaian sebegitu ?

dalam diri setiap manusia adanya nafsu . dan manusia pada zaman kini lebih menerima kata-kata nafsu berbanding kata-kata iman .

tarbiyah dari hati ke hati dan nasihat dari manusia sekeliling perlu ada .

tak cukup dengan tu je , contoh teladan dari sikap pendakwah-pendakwah kita perlu ditonjolkan untuk dijadikan kesedaran pada manusia .

jadi mulanya tarbiyah dari siapa ? golongan mana ?

bermulanya tarbiyah adalah dari kita , umat Islam sendiri ! 

peranan manusia di atas muka bumi ini sebagai khalifah bukan mainan atau gurauan je . tapi suruhan . tapi , kalau kita masih lalai dan tunding jari pada yang lain . 

bila agaknya tarbiyah akan mula ?

renungkanlah sejenak peranan masing-masing . 

bukan setiap seorang diminta untuk menjadi pendakwah untuk mengisi amalan kat dunia . tapi saling tegur-menegur . saling menasihati . saling menyanyangi . cukup untuk itu je .

"Sampaikanlah ilmu dariku walau hanya satu ayat " (HR Bukhari)

mungkin payah . penat . ta sanggup . 

tapi Islam takkan berkembang kalau satu masa dahulu tokoh-tokoh kita tak mengalami perit jerih sebegini . mereka bermusafir sejauh mungkin hanya untuk menyebarkan Islam . 

mereka berhijrah dari satu kawasan ke satu kawasan yang lain untuk mengajar manusia tentang keindahan Islam . dengan membawa ilmu di dada . 

hidup di dunia hanya sementara . yang kekal abadi adalah di syurga . peranan kita sebagai khalifah bukan lama sangat kalau nak dikira . 

tidak ke merasa rugi kalau hidup di atas dunia ini hanya untuk merasa dunia tapi abaikan akhirat ? 

bukan camtu cara sebenar hidup di dunia ni . bukan kenikmatan dunia yang menjadi bekal kita untuk berhadapan dengan malaikat munkar dan nakir . 

bukan mulut yang terbuka untuk menjawab setiap soalan yang ditanya . tapi anggota tubuh yang lain . mulut akan dikunci serapatnya . 

soalan yang akan disoal memang sudah diketahui ramai , sewaktu bacaan talqin sudah diberitahu , tapi adakah betul kita boleh menjawabnya dengan baik ? kita tidak mungkin dapat menipu .

jadi , jom la kita bersama membuat perubahan . kita sama sama terapkan tarbiyah dalam diri masing-masing supaya dapat disebarkan kepada orang lain . 

role tarbiyah tu perlu dimainkan dalam diri sendiri kita dulu baru bergerak kepada yang lain . pembersihan sungai lebih mudah kalau nak dibandingkan dengan pembersihan hati .

mula lah dengan bersihkan hati dulu . next , forward to the next level . 

berhati-hati . slow and steady . niat perlu ada . 

Selamat Bertarbiyah !

Assalamualaikum . 

No comments:

Post a Comment